Tuesday 19 March 2013

Aku yang Fakir




بسم الله الرحمن الرحيم


Apabila kita terjatuh dalam ujian hidup, kesusahan , kezaliman dan segala bentuk penderitaan. Kita akan bertanya apakah penawarnya dan tercari cari jalan keluar dari kegelapan yang mengetuk diari hidup kita. Gelora hidup adakalanya amat menakutkan. Ia memukul kita dari sudut yang di duga dan tidak di duga.Ganasnya lautan hidup ini kan.Untuk entry kali ini ana ingin bawa antum semua mengenali diri antum dan diri ana yang fakir ini. Yang tidak layak mempertikai dan menghalang liku liku keganasan yang telah tersurat untuk kita. Kita hanyalah fakir yang sentiasa mengikut fitrahNya dan berada dalam aturan dariNYa yang maha esa.

Kadang kadang ujian itu datang bertimpa timpa dan tidak dapat di ukur dengan akal insani dan sepertinya tidak ada lagi jalan keluar (Dr Maza,2012) .Warna kegelapan ada kalanya memenuhi setiap penjuru dan hanya Allah yang mampu mengeluarkan kita dari setiap masaalah ini.



Banyak ujian hidup ini sebenarnya amat bermakna jika antum semua fikir dan hayati kembali. Betapa ramainya manusia di luar sana yang menemui iman dan islam selepas ujian dan kegelapan yang menimpa diri mereka. Betapa ramainya manusia yang bongkak dan takbur bersarang di dalam jiwanya tidak dapat di tegur dan di didik (ana la tu waktu jahil jahil dulu ) tetapi akhirnya menjadi insan yang tawaduk kepada Allah dan menghargai orang lain setelah melalui ujian hidup yang getir. Itulah kemanisan pada setiap ujian yang Allah campakkan pada setiap insan bergelar manusia,hamba dan fakir yang miskin yang sentiasa menadah tangan mengharap bantuan dari tuhan Yang maha Kaya.

Harapan ana, semoga entry hari ini dapat memotivasikan sahabat sahabat ana di luar sana yang sedang berperang bermujahadah melawan setiap masaalah dan badai yang menghempas kamus hidup antum dan juga untuk memotivasikan diri ana sendiri. Tika ini ana merasakan perjalanan ini seakan berduri menikam dalam setiap langkah kaki ana. Sehingga ana terduduk dan tidak bergerak kemana mana. Seakan dunia yang berputar pada paksiNya ini berhenti di hadapan ana. Ana terasa kosong. Mungkin kemanisan iman itu semakin berkurang, sehingga ana lalai , lupa dan seakan akan ana berperang melawan takdir hidup ana. Back to the right way whenrain. Semua ini adalah hadiah daripada Tuhanmu yang penyayang. Ana teringat pada ayat ini yang ana jumpa dalam satu blog yang sangat indah tulisanya.

Bila Allah rindukan hambaNYa, Dia akan menghantar hadiah melalui malaikatNya yang berupa Ujian”

MasyaAllah tabarakaAllah…. (versi syeikh Nuruddin ehem J

Sayangnya Allah pada kita. InsyaAllah , Alhamdulillah ana dah termotivasi sikit dah nie. Sahabat ana berkongsi dengan ana baru baru ini,

 “tidak ada sesiapa pun yang dapat memotivasikan diri kita melainkan kita sendiri yang memotivasikan diri kita “ 

Dan inilah yang ana sedang lakukan untuk bangkitkan kembali semangat ana yang seakan tenggelam dalam peperangan ini.




jagalah Allah , Allah pasti menjagamu” ayat ini selalu di lontar dari hati sahabat ana ukhti nadhira. InsyaAllah sahabat dunia wal akhirat ana nih. Semoga Allah menjaga kita semua umat islam dan memberi hadiah syorga buat kita (even kita ni tidak layak pun sebenarnya nak masuk syurga Allah tu ) .

Hari ini ana di tegur lagi seorang sahabt ana ukthi atul “ kenapa Whenrain  ponteng kelas pagi tadi?? Itu kan tanggungjawab whenrain sebagai pelajar “ Astafirullah…. Kenapa ana tidak dapat mengawal emosi ana. Masaalah ana ini kecil sahaja jika di bandingkan dengan masaalah zaman Rasulallah S.A.W dulu.Kenapa ana kalah dengan bisikan syaitan.Kenapa ana di hantui dengan emosi itu?? Ana sendiri tak paham diri ana sekarang ni. Ya Allah bantulah ana, ana menadahkan tangan memohon kasih sayangMU ya Allah, bantulah ana dalam setiap langkah ana, agar ana tidak tersasar dan berada pada landasan yang betul.

Tapi kanana sebenarnya seronok sangat. Sebab ana punyai ramai sahabt sahabat dunia wal akhirat ana yang selalu membantu ana, selalu memberi nasihat dan menegur ana. “Ana uhibbukum Fillah “ InsyaAllah setiap kata semangat dan teguran akan ana sematkan di hati ana sehingga berakhirnya dunia yang sementara ini. IndahNya, Allah beri ana ujian, dan Allah hantar insan insan yang sangat baik di sisi ana untuk ana teruskan perjuangan ana.

Begitu juga dengan antum semua di luar sana. Cuba antum hentikan sejenak hidup antum dan fikirkan setiap rahmat yang Allah turunkan dalam setiap kesusahan yang antum alami. Pasti antum akan temui seribu hikmah yang antum tidak dapat fikir dan di beli dengan kekayaan mahupun wang ringgit. Kerana itu adalah hadiah teristimewa dari Allah buat fakir-fakirNyaMungkin hadis ni boleh menjadi pembakar semangat antum antum yang dalam perjuangan bermujahadah melawan nafsu dan segala rintangan kehidupan.



 “tidak seorang muslim pun yang di timpa keletihan ,penyakit ,susah hati, sedih ,di sakiti dan derita sehingga jika sebatang duri menikamnya kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosanya “ (hadis riwayat Al bukhari)

SubahanaAllah..Maha suci tuhanku yang telah mengaturkan setiap perlakuan dengan aturan rahmat dan kasih sayangNya. Entry kali ini juga ana dedicate kan untuk sahabat ana yang sedang diuji Allah.. untuk ukhti Irhamillah ana berdoa semoga Allah beri kekuatan pada ukhti. Ana kagum dengan ukhti, even sakit even pelbagai masaalah yang bertimpa timpa ukthi masih periang, malah ukhti memberi nasihat pada ana untuk menceriakan hari hari ana. InsyaAllah Allah akan padamkan segala duka duri dalam kehidupan kita dan gantikan dengan manisnya iman dan balasan yang lebih  baik disisiNya. Allah sedang membawa kita melalui lorong lorong pahit yang buahnya adalah kemanisan iman. InsyaAllah ana akan sentiasa senyum dan ceria seperti ukhti. Jakillah khairan kathira ukthi. Teringat lagi perbualan bersama ukhti irha,ukhti Aisya dan ana whenrain

Ukhti Irha  : “ kalau kita sedih kalau kita rasa kita susah,kalau rasa kita orang yang paling derita , kita keluarlah lihat dunia di luar sana, Berjalanlah di bumi Allah melihat manusia manusia di luar sana yang masih banyak dalam kesusahan,yang lebih derita dari kita,yang lebih tidak berupaya dair kita dan lebih rendah dari kita.maka kita akan berasa bersyukur atas setiap nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.Sekurang kita lebih

Ukhti Aisya : “ betol tu ukhti whenrain ,kadang kadang bila kita lihat ciptaan Allah di luar sana baru kita akan sedar betapa beruntungnya kita, di kurniakan nikmat yang bermacam-macam.Maka bersyukurlah 

*********** Lebih kurang begini lah perbualan kami **** yang lebih tu di tambah WHENRAINhihi


Terima kasih mengingatkan ana wahai sahabt sahabt sekalian .Ana lupa untuk bersyukur ana lupa untuk menadahkan tangan mengucapkan Alhamdulillah.

Ana,Ukhti,Akhi dan semuanya  hanyalah fakir yang tiada lah memiliki apa pun, Tiada apa pun kelebihan yang ada  pada diri kita .Kita hanyalah hambaNya yang jahil,dan  Dia mendidik kita setiap masa dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Terima Kasih Allah…..
Nota dari seorang Fakir kepada TuanNya…

1 comment: