Saturday 16 March 2013

Fitrah Manusia inginkan kebaikan!!!


Ada tak manusia yang tidak ingin sesuatu yang baik??
Tidak.. Semua manusia fitrahnya adalah inginkan kebaikan, ingin menjadi seorang manusia yang baik. Itulah topik yang ana ingin bincangkan hari ini. Biarpun sejahat mana kita, biarpun sejahil mana kita ini. Even mat rempit sekali pun ada terdetik di hatinya inginkan sesuatu kebaikan dalam dirinya. Tetapi emosi dan keadaan dunia yang serba kepincangan ini menyebabkan mereka ini tidak dapat mengikut kepada fitrahnya yang asal iaitu kembali kepada Allah S.W.T.

Ana ingin bertanya kepada antum semua... Pernah tak antum, melakukan kejahatan, tetapi hati antum terdetik dan merasakan tidak selesa dengan kejahatan itu?
Mesti pernah kan???
Itulah sebenarnya hati antum semua yang sngat bersih lagi menurut fitrahnya untuk menginginkan kebaikan. Tetapi hati antum tidak dapat di kawal dengan iman. Allah masih sayangkan antum semua.
Ketahuilah antum, Allah itu sangat sygkan antum. Kerana itu Allah campakan rasa ketidakselesaan pada diri antum. Kerana apa? Kerana bila manusia merasakan dirinya  jahat, dirinya berdosa, dan masa itulah hatinya meronta ronta inginkan kebaikan. Percayalah antum.

Baru baru ini dalam usrah ana yang terbaru, ana suka untuk berkongsi. Seorang usrahmate ana share satu analogi yang sangat indah untuk kita renungkan. Kata ukthi ini, kehidupan ini ibarat putaran jam.


Jarum jam berputar pada number genap dan number ganjil. Iaitu number genap adalah kebaikan dan number ganjil adalah keburukan. Jarum jam adalah kita, dan jarum jam itu walau bagaimana ia berputar ia tetap akan berputar pada number genap dan ganjil. Begitu jugak kita, dalam kehidupan seharian kita tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan kerana kita hanyalah manusia yang bergelar insan. Iaitu insan yang selalu leka, insan yang selalu tergoda, dan terpedaya oleh bisikan syaitan. Itu lumrahnya tetapi percayakah antum sebenarnya dengan keburukan itu kita akan mengenal diri kita, dengan keburukan itu kita menjadi hamba Allah yang lebih ikhlas kepada pencipta kita. Kita kenal Tuhan yang membantu kita. Maka selepas itu kita akan melalui fasa fasa kebaikan. Alangkah indahnya. Sweet kan aturan Allah itu.

Ana selalu bertanya soalan ini pada diri ana, adakah seorang penzina itu, inginkan dirinya lahir  untuk menjadi begitu?? Dia hanyalah manusia biasa yang jahil dan terjebak dan terjatuh pada landasan yang kurang betul.

Tetapi percayalah setiap keburukan yang kita lakukan even sebesar zarah semua nya adalah aturan dari Allah. Kerana itu kita tidak boleh menghukum apatah lagi menghina seseorang kerana kejahilanya. Kerana tidak semua manusia lahir dalam keadaan islam dan iman yang sempurna. Allah itu maha mengetahui, maha bijaksana dalam mengatur kehidupan hambaNya. Mungkin dengan keburukan dan kejahilan seorang penzina tadi akhirnya melahirkan rasa berdosa, rasa hina  di hadapan manusia. Kehibaan dan rasa rendah diri ini, akhirnya membawa dirinya di hadapan Allah yang maha esa, dengan penuh rendah hati, rasa kejahilan di hadapan yang Maha Esa, rasa malu untuk bertemu denganNya, dan mengabdikan diri di hadapan Allah dengan seikhlasnya. Tidak kah kita melihat rahmat dan kasih sayang Allah dalam aturan itu. MasyaAllah, subhanaAllah.. Maha penyayang Allah terhadap hamba-hambaNya...


Sahabat sahabat ana, ingin ana kongsikan sedikit kisah hidup ana buat saudara saudara ana yang dalam kekecewaan di luar sana, andai antum semua merasa diri antum jahat, diri antum hina, tidak layak untuk menjdi seorang yang baik, antum salah. Antum semua layak untuk mendapat kasih sayang Allah, antum semua layak menjadi seorang yang baik, antum semua berhak mendapat kebahagiaan, antum semua adalah penghuni syurga Allah yang MahaKaya dan Maha Pemurah.

Ana dahulu lebih jahat dari antum. Tetapi suratan Allah, membawa hati ana kembali kepada fitrahnya. Bermula dngan suratan dan kebetulan. Ana kini berada bersama barisan barisan tarbiyah dalam kerja dakwah. Siapa sangka. Ana yang dulu seorang anak yang degil, keras hati, dan sangat jauh berhubugnan dengan Allah, sangat jauh dengan rahmat dan kasih sayang Allah, malah ana tidak mengenal Allah dan Rasulallah S.A.W. Ana jahil. Ana sentiasa mencari, tetapi kini ana telah temui jalan yang sangat indah liku-likunya.

Ana dahulu, seorang yang sangat anti pada kawan kawan ana yang selalu mengajak ana menghadiri ke majlis ilmu. Pernah suatu saat ana rasa menyampah pada kawan kawan ana, pernah ana menguris hati sahabat sahabat dengan kata-kata kesat seperti "awak ni annoying la,plezz jangan ganggu saya"
tetapi takdir Allah yang menemukan ana dalam barisan kasih sayang dan memegang erat tangan ana untuk menjadi penolong agamaNya.

Allah peluk hati ana dengan kasih sayangNya. Sangat indah antum. Ana teruja dalam setiap saat kehidupan ana. Ana bersyukur punya rakan rakan yang menyentuh ana. Ana berharap ramai saudara saudara ana di luar sana dapat turut merasa indahNya islam dan iman bila kita berkasih sayang kerana Allah.

Ana tidak mengharap banyak. Ana harap sahabat ana yang tika ini di dalam kekecewaan dan tercari cari kebaikan dalam diri antum. Ketahuilah antum. Mulakan lah langkah antum untk berubah. Allah sayangkan antum, kerana itu Allah membuka hati antum untuk mencari bacaan yang baik baik, dan terbaca luahan hati ana hari ini.

Ana berdoa semoga Allah campakkan dalam hati antum untuk kembali kepada fitraNya yang asal, kembali kepada Allah yang menentukan hari pembalasan. Jika hati antum ingin berubah, maka teruskan langkah antum. Percayalah Allah akan menghantar bantuan dalam pelbagai cara mengirimkan orang orang yang akan memegang erat tangan antum untuk berjumpa Allah untuk melalui jalanNya yang satu, jalan ke syurga Allah. Jalan penuh kebahagiaan. InsyaAllah. Inilah hadiah Allah yang terbesar buat antum.

sunahsakura:

Takdir! Dan ia sudah tertulis! Yang membezakan ialah DOA kita. Sujud, menangis dan mengadu kepada Nya.

No comments:

Post a Comment