Saturday 30 March 2013

ISlam adalah hadiah dari TuhanMU


“My Lord show me right from wrong, give me light make me strong”
 Seperti nak ulang lirik lagu sami yusof ni for thousand and million time… Teringat semasa diri ini mula mula mengenal Allah




Kadang kadang kita rasa kekayaan boleh bagi kebahagian,ada kerjaya yang baik sudah boleh menentukan kejayaan seseorang. Kita sibuk mencari semua ini sehingga kita lupa untuk memandang kembali diri kita.Kita malas untuk berfikir dari mana kita datang??

dan kita juga lupa untuk berterima kasih atas setiap pemberiaNya..


Entry untuk kali ini akan lebih di ceritakan banyak kepada pengertian ISLAM dalam diri kita..
Tapi kan sebelum itu.. nak share something.Baru baru ini saya mengikuti satu program Ummah Awakening..

Habis je program itu,semua orang mata lebam lebam..bukan sebab nangis tengok movie sedih.
tetapi di sebabkan kami takut akan tanggungjawab yang sebenarnya sebagai orang islam yang kita tidak jalankan...
cuba teka ape...TEKA LA.....

"DAKWAH"


Gerun tak dengar word ni...Rasa macam terlalu berat kan?
Tapi itulah sebenarnya yang kita ambil ringan dan kita lupa
Saya nak tanya kepada kamu semua di luar sana?
Andai kata kamu semua di lahirkan dalam keadaan bukan islam, dan kamu tidak di beritahu pun tentang ISLAM..
Kamu sedih tak?



Program yang saya hadiri ini sharing daripada seorang muallaf bernama brother Jay..
Dia sangat aktif dalam bergiat aktiviti dakwah ini.
tahu tak sebab ape?

Brother jay ada cakap
 "Kalau tidak saya sendiri sampaikan islam itu kepada semua orang non-muslim jadi siapa yang akan sampaikan, siapa nak selamatkan saudara saudara saya,rakan rakan saya,ibu bapa saya..siapa akan selamatkan mereka dariapda terus tersesat dariapada bertemu dengan cahaya ISLAM,. sebab itu saya mara kehadapan untuk sampaikan bahawa tuhan itu cuma satu,iaitu ALLAH....segala dunia dan isinya adalah milikNYa dan kita sebagai hambanya wajib mentaati dan beriman HANYA kepadaNYA,tiada tuhan lain selain Allah"

wah,berdebar-debar jantung dan bergetar naluri seorang pejuang mujahid ISLAM...

salahkah mereka di luar sana yang sering melakukan dosa,  leka dengan dunia, sibuk mencari harta,tercari cari makna kehidupan.Adakalanya mereka ini terjatuh sehingga ke bawah dasar kehidupan tetapi mereka tidak berjaya untuk bangkit malah mereka semakin hanyut dan terus berada pada landasan yang salah...

Mereka yang bersalah atau kita kah sebagai pejuang ISLAM,yang mengerti apa itu ISLAM,yang tidak menyampaikan dan membantu mereka untuk menemui jalan penyelesaian..
kita tidak mencuba sedikit pun untuk mengajar mereka bertatih dan berjalan pada landasan ISLAM,landasan yang sebenarnya.

kalau lah kita boleh sampaikan walau sebaris ayat "ISlam adalah agama yang benar,islam  bawa manusia kepada cahaya kebenaran,Tuhan itu hanya satu iaitu Allah,maka tunduklah hanya kepada Allah"

tetapi itulah perkara yang paling susah untuk kita sampaikan even kepada kawan kita (non-muslim) sendiri.kan kan.. bukan berkata pada kamu semua,tapi juga pada diri saya sendiri.

saya mempunyai ramai rakan rakan dari kalangan non-muslim,rata ratanya adalah chiness, dan indian.
suatu ketika dahulu mereka lah teman saya paling rapat.tetapi saya tidak pernah menyampaikan apatah lagi memberitahu mereka..

Sob Sob rasa bersalah... Maafkan saya kawan kawan..
Now i will try to explain more and more..why you need to choose ISLAM ???

missy-chocaholic:

sky | Tumblr on We Heart It - http://weheartit.com/entry/55806779/via/geekyloco


saya ingin hadiahkan beberapa baris ayat dari surah Yassin untuk kita hayati dan renungkan...indahnya islam,indahnya kebesaran Allah....

''Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.[62] "Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?

(surah yassin ayat 62)

Allah berfirman lagi 
"Dan setiap Umat itu akan diahadapkan di hadapan kami"  (23:32)

"dan apabila di katakan kepada mereka "takutlah kamu akan siksa di hadapan kamu (di dunia) dan azab yang akan datang (akhirat) agar kamu mendapat rahmat (23;45)

MasyaAllah sangat terkesan pada HATI kita kan...

Apakah lagi yang kita ragui, Allah menjanjikan bahawa inilah jalan yang lurus ,jalan untuk bertemu dengan Allah..dan hanya kepada Allah kita layak untuk sembah...

Dunia akan hancur sehancur hancurnya , gunung ganang akan lebur dan bumi akan pincang menjadi debu debu berterbangan..ITULAH HARI yang paling di takutkan iaitu HARI KIAMAT..

dan kita semua manusia, akan di bangkitkan dan di hadapkan di hadapan Allah.....dan terimalah siksaan diatas setiap perbuatan kita di dunia...

Always remember that, "to god we are belong and to HIM we will return.."

jadi berbuat lah amal kebajikan wahai saudaraku..
sebarkan islam, pimpinlah orang orang yang kamu sayang kepada jalan islam
jalan islam yang sebenar
menemui cahaya ilahi
menemui sang pencipta yang MAHA BESAR lagi MAHA KAYA
memberi nikmat kepada kita tanpa kita meminta..
dan yang MAHA MULIA

sambutlah seruan TUhanMU..sebarkan ISLAM..jadilah penolong agama ALLAH nescaya Allah membantu kamu semua...
Demi kasihkan islam...SEBARKAN..DAKWAH lah walau hanya sebaris ayat......




shadiamejia:

:)


INILAH HADIAH TERBESAR DARI ALLAH S.W.T KEPADA SETIAP MANUSIA DI DUNIA INI UNTUK DI JADIKAN PANDUAN DAN MENEMUI JALAN YANG LURUS...SERTA DI BERI JAMINAN TIDAK AKAN TERSESAT SELAMANYA SELAGI KAMU BERPANDUKAN PADA AL-QURAN...

sekian..jumpa lagi untuk entry akan datang...
yang baik semuanya dari Allah S.w.T dan segala kelemahan adalah dari ana..
ana seorang da'ie yang baru bertatih dalam perjuangan ini..
bantulah ana jika ada kesilapan...ana doa semga Allah pemudahkan urusan antum semua...DOAKAN ana juga... :)

2 comments:

  1. weh mkck..letak la chat box kat blog hg ni..:)

    ReplyDelete