Friday 15 March 2013

TeGUran Dari Allah


Ahlan Wasahlan dan Assalamualaikum kepada semua penghuni syurga Allah.. 



Ya Allah, permudahan segala urusan kami..


Selamat datang saudara ana tercinta. Ana ingin berkongsi sesuatu dengan antum semua.Ana rasa sedih dan sebak melihat keadaan dunia hari ni,sedih akan keadaan umat islam yang tidak mengenal islam dalam hatinya,sedih memikirkan generasi baru umat Rasulallah yang tidak terpahat islam dalam kehidupanya.ketika kaki ana melangkah melihat dunia ini,hati ana bergetar.Naluri seorang da'ie rasa tercabar.Ketika ana toleh ke kiri ana melihat manusia semuanya sedang berkejaran dengan dunia,ana takut melihat bangunan tinggi tinggi tetapi di gunakan untuk bermaksiat,ana melihat manusia berpusu pusu mencari hiburan dan kelalaian,ana tersentuh apabila masjid masjid menjadi hiasan,dan panggilan  seruan azan tidak di endahkan. ana berpaling pula ke sebelah kanan ana nampak ragam manusia yang tidak kenal erti letih bermandi maksiat dalam hatinya,tidak tahu dimana mereka letakkan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah,iaitu beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah..Manusia manusia ini menghabiskan setiap saat mereka untuk dunia yang hanyalah mainan sementara. Ana cuak, Tidakkah mereka mereka mereka ini sedar dan tahu.
Allah berfirman 
"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia) dan  berpaling dari akhirat."
(Surah Al-Anbiya :1)
mereka mereka ini kah yang bersalah atau ana kah yang bersalah??
Ya Allah,ana tidak menjalankan tanggungjawab ana,ana tidak melakukan kerja dakwah,ana tidak cuba untuk mentarbiyah.Ana hanya sibuk memperbaiki diri ana,dan keluarga.Tapi ana terlupa akan saudara saudara ana yang seislam dengan ana,mahupun saudara ana yang dalam perjalanan untuk bertemu dengan Allah dalam cahaya Islam (non-muslim).Ana terlupa akan mereka mereka ini perlu ana sedarkan,perlu ana sampaikan perlu ana tarbiyahkan.
Ya Allah dunia tarbiyah ini telah mengajar ana,tetapi ana begitu jahil,ana sibuk dengan dunia ana.Maafkan ana wahai saudara saudaraku.maafkan ana tidak menjalankan tanggungjawab ana pada enti dan anta semua. ANA BERSALAH.
menggigil hati dan tubuh ana bila di tegur Allah hari ini 

"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenarnya.DIa telah memilih kamu,dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama.Ikutilah agama nenek moyangmu (Ibrahiim).Allah telah menamakan kamu orang orang muslim sejak dahulu dan begitu pula Al-quran ini agar Rasul (Muhamad) itu menjadi saksi atas segenap kamu dan kamu semua menjadi saksi terhadap segenap manusia.Maka laksanakanlah solat,dan tunaikan lah zakat dan berpegang teguhlah pada agama Allah,Dialah sebaik baik pelindung dan sebaik baik penolong.

Antum semua.Izinkan ana tebus kesalahan ana yang lalu pada setiap insan bergelar saudara ana.Hari ini ana mulakan langkah baru.Ana ingin kongsikan setiap ilmu yang ana perolehi dalam dunia tarbiayah ana.Ana ingin bawa antum semua bersama ana menuju ke syurga Allah.InsyaAllah... mahukah antum bersama ana...Mahukah antum semua berpegangan tangan bersama ana menjalankan kerja dakwah ini,mahukah antum semua dalam erat langkah bersama ana kita bangunkan ISLAM dalam hati setiap umat nabi Muhammad ini.Ana hanyalah hamba Allah yang tiada kekuatan mahupun kelebihan.Segalanya adalah milik Allah yang maha kaya,maha esa dan Maha Besar.Izinkan ana melakar coretan hati tarbiyah ana.InsyaAllah kita sama-sama akan mengexplore dunia tarbiayah ini. (mengexplore pun BOLEH he he ,maaf x pandai bahasa ingelis sikitttt).Kalau ana tersalah tegurlah ana k. 



4 comments:

  1. Semoga perjuangan mu dipermudahkan sahabat..:')


    doakan aku!!! :D

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah....nora..
    kita sama sama perbaiki diri,dan perbaiki agama kita..
    demi untuk islam..kita teruskn perjuangan Rasulallah S.A.W
    amin...
    jom teruskan langkah yer noraaa

    ReplyDelete
  3. mantap..smoga kita tetap di jalan Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... Semoga Allah peluk erat hati hati kita bersama di JalanNYa

      Delete