Friday 15 March 2013

Ghulam Nak dakwah nie!!!


Alhamdulillah. Hujung minggu ni aku habiskn masa dgn sangat berfaedah. YA Allah sungguh inilah jalan yang aku pilih, bantulah aku dalam perjuangan ku ini. Ya Allah, sesungguhnya keredhaanMu yang ingin ku kejar dan IlahiMu yang ingin ku tuju. InsyaAllah. Hi hi hi panjangnya mukadimah untuk Ghulam dakwah nie.

Okey lah, jom kita dengar cerita…

Once upon a time, ada seorang pemuda nama dia Ghulam. He is very talented in magic. Dia di pilih oleh raja untuk menjadi ahli sihir untuk negeri tu. Untuk membantu orang orang firaun. Dan ghulam nie seorang yang sangat terpengaruh.



Then one day, masa dia dalam on the way nak ke tempat raja untuk belajar sihir. Dia di ketemukan dengan rahib yang memencilkan diri di dalam gua. Nak di jadikan ceriita setiap  hari dalam perjalannya dia akan bertemu dengan rahib dua kali sehari. Yakni sewaktu pergi dn sewaktu balik

So, Ghulam mula percaya pada rahib, ghulam kenal apa itu islam, dan keyakinanya kepada Allah S.W.T sangat tinggi. Bila hati Ghulam sudah tersentuh degan islam. Ghulam mula rasa ada tanggunjawab yang perlu di pikulnya.


Kita lompat ke babak seterusnya yakni bila ghulam mula letakkan kebergantungan kepada Allah iaitu ghulam ingin kepastian sama ada rahib atau si sihir yg benar. Maka suatu hari Ghulam menjadikan seekor binatang yang menjdi lalu lalang orang ramai sebagai sandarannya. Iaitu dia berdoa jika dia dapat membunuh binatang itu dengan biji batunya maka benarlah rahib itu benar. Dan ternyata Allah menyebelahinya binatang itupun mati. Maka bertambah tambah la keyakinan ghulam kepada rahib dan agama Islam.

Panjangkan ceritanya. Sabar sabar.. Ada lgi nie.. hik hik..

Saat itu rahib berkata pada ghulam bahawa sesungguhnya Ghulam adalah lebih afdal darinya, dan dia layak di uji. Ghulam pun terus mendalami ilmu agama sehinggalah suatu hari. Apabila ghulam menyembuhkan seorang buta dengan syarat si buta itu mestilah beriman kepada Allah. (masa ini ghulam mulakan gerakan dakwahnya. Go ghulam goooo..). Inilah perjuangan ku juga untuk sampaikan dan sebarkan apa itu ISLAM. Dan indahnya ISLAM itu jika kita selamai dan hayati.

Dan akhirnya raja dapat tahu melalui si buta tentang dakwah si ghulam. Ouh no ouh no… Maka ghulam pun di bawa menghadap raja. Kesian Ghulam. Itulah perjuangn dan pengorbanan yang kita perlu beri. Macam Ghulam. Sabaqqqq sat tak habis lagi. Kih kih kih.

Then, Ghulam di tanya kepada siapa Ghulam mengaku tuhan dan engkar raja itu sebagai tuhanya dan Ghulam di seksa terus menerus sehingga dia di beri dua pilihan samaada ingkar pada agama islam dan kembali kepada raja ataupun mati.

Ghulam tetap berpendirian hanyalah Allah yg satu sbgai tuhanya. MasyaAllah, hebatnya Ghulam tika zahir terseksa bibir dan hati msih satu kasihkan Yang Esa. Kuatnya iman Ghulam. Cuba fikir, kalau kita??? Bolehkah kita??? Tanya pada diri sendiri. Sakit ulser sikit pun dah meraung macam apa lagi cik whenrain nie. Tambah nak kene siksa macam Ghulam. Ya Allah berikan kami iman seperti Ghulam, berikan kami semangat seperti Ghulam.

Sehinggalah raja mengarahkan pengikutnya membawa ghulam ke gunung untuk di campakkan. Raja: “Bawalah si Ghulam ke gunung dan bunuhlah dia dan campakkan dia ke bawah. Tetapi jika dia ingkar pada agama islamnya maka aku maafkan dia.” (adaptasi by whenrain ayat nie ngeh ngeh) Amboi garangnya raja nie.

Saat itu hanya Allah sahaja tempat Ghulam serahkan segala urusan. Doa Ghulam “Ya Allah , selamatkan lah aku dengan apa cara yang Engkau sukai"

Maka dengan itu Ghulam terselamat. Macam itu la jugak, jika kita beriman dan kita yakin kepada Allah S.W.T. InsYaAllah tiada apa yang mustahil untuk kita lakukan. Ya Allah, bantulah aku, Ya Allah. Bantu lah aku mendidik diri ini untuk meraih cinta Mu, bantulah aku dalam setiap langkah ku kerna aku takut aku tersasar tanpa didikan dan bantuan dariMu. Sesungguhnya hati ini milikMu. Ya Tuhan, lindungilah ia, peluk lah erat hatiku ini dengan kasih sayang Mu agar jasad dan jiwa ku ini hnyalah untukMu. Nak jadi macam Ghulam tapi tak kuat macam Ghulam. Berilah aku kekuatan itu, Ya Allah.  Sambung balik pasal Ghulam. Ghulam terselamat tapi kan, Ghulam bukannya lari dan biarkan begitu, bagi Ghulam dia perlu menegakkan islam. Lalu Ghulam pun pergi semula menghadap raja demi membuktikan kekuasaan Tuhannya yang agung. HEBATKAN GHULAM.

Maka raja pun menangkap ghulam lagi sekali dan mengarahkan Ghulam di campak ke laut, dan Ghulam berdoa sekali lagi dan Allah menolong Ghulam.

Ghulam sekali lagi kembali kepada raja dan berhelah dengan raja. Ghulam pun berkata kepada raja, “Jika kau ingin membunuhku, bawalah daku ke suatu kawasan yang lapang dan hadapkanlah semua rakyatmu di kawasan itu lalu ikatkan aku di tiang salib dan bunuhlah aku dengan anak panahku di sertai dengan kalimah dengan menyebut nama Tuhanku."

Lalu raja pun melakukan seperti itu. Ghulam di bunuh dengan anak panah di hadapan rakyat jelata. Terharu kan kat sini. Tahu tak kenapa Ghulam suruh bunuh dia mcm tu??? Sebab itulah cara Ghulam berdakwah sehingga la ke picisan terakhir nyawanya. Bersaksikan orang ramai dan raja menyebut nama tuhan Ghulam lalu orang ramai turut menyatakan bahawa mereka juga beriman dengan tuhan Ghulam setelah menyaksikan perbuatan raja kepada ghulam. Sob sob sob.

Dan raja murka lalu di perintahkan siapa yang beriman dengan tuhan Ghulam agar terjun ke dalam kawasan tanah yang di korek dan di barakan dengan api yg menyala. Dan setiap satu rakyatnya terjun ke dalam itu.

SubhanaAllah…… Sayu hati tatkala mendengar hadis ini. Banyak ibrah yang kita boleh ambil daripada hadis ini.
Yang pertamanya bila di fikirkan tentang Ghulam nie hanyalah seorang pemuda biasa dan remaja tetapi sanggup berkorban dan berdakwah sehingga ke akhir nyawanya.Begitulah kita,kita seorang remaja,punyai akal fikiran yang baik,di anugerahkan pelbagai kemahiran tetapi mengapa kita tidak mahu menjalankan kerja dakwah. Ayuh contohi la Ghulam,kitalah Ghulam ini dn kita perlu teruskan dakwah ini.




No comments:

Post a Comment